Kehidupan Abang Openg

Abang Openg dilahirkan pada 7 Oktober 1905. Beliau mula mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kerajaan, Kuching, Sekolah St. Anthony, Sarikei dan Sekolah Malam St. Thomas, Kuching. Setelah tamat persekolahan, beliau memulakan kerjaya sebagai seorang kerani di Jabatan Kerajaan pada November 1942. Beliau bersara dari perkhidmatan awam pada September 1951 dan menjadi Presiden Majlis Islam Sarawak hingga dilantik dengan rasminya menjadi Gabenor Sarawak yang pertama pada 13 September 1963.[1] Beliau memegang jawatan tersebut hingga meninggal dunia pada 28 Mac 1969.